KITA masih dibelenggu masalah disiplin dan akhlak pelajar seperti vandalisme, gejala buli, pergaduhan, kegiatan samseng, memukul guru dan membakar sekolah.
Lebih mengejutkan lagi, Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin. Perlu diinsafi bahawa rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kalangan pelajar kini mendukacitakan.
Sewajarnya apa yang berlaku ini diberi perhatian serius dalam mendepani kemelut yang meruncing. Umat Islam sewajarnya menginsafi apakah corak pendidikan dan asuhan yang telah dan yang sedang dicurahkan kepada anak-anak muda itu masih tidak mencukupi. Lantaran itu mereka begitu mudah terjerumus ke kancah yang memudaratkan diri sendiri.
Ulasan :
Terjadi salah faham dalam dunia pendidikan sekarang ini. Pendidikan yang ada di sekolah, pondok dan berbagai universiti sekarang ini sudah disempitkan ertinya sekadar perpindahan dan pengajaran ilmu dan kepakaran, baik ilmu-ilmu ekonomi, sosial, politik, bahasa, kebudayaan, kesenian, undang-undang, sains, teknologi, kejuruteraan, perhotelan mahupun ilmu-ilmu Islam seperti tauhid, feqah dan tasawuf. Kalaupun ada pendidikan moral atau budi pekerti tetapi tidak dikaitkan dengan cinta, takut dan rindukan Tuhan.
Sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya di-labelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.
Tegasnya, pendidik dan pemimpin dunia yang ada sekarang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan mendidik manusia kerana mereka tidak faham apa itu manusia. Mereka sangka manusia hanya-lah fizikal dan akal saja.
Ada juga yang tahu bahawa selain fizikal dan akal, manusia juga memiliki hati nurani atau roh tetapi tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut. Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri. Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.
Mengapa ini terjadi?
Sebenarnya yang berhak mendidik manusia adalah Tuhan. Tuhan-lah yang mencipta manusia, yang mencipta dunia. Sudah tentu Tuhan tahu masalah dunia, tahu akal fikiran, nafsu dan rohaniah manusia. Jadi kaedah yang paling tepat untuk mendidik manusia tentu datang dari Tuhan. Kaedah itu Tuhan kirim melalui utusan-Nya, iaitu Rasulullah SAW.
Malangnya manusia sekarang sudah mengambil alih kuasa Tuhan untuk mendidik. Mereka guna akal dan kaedah ciptaan mereka untuk mendidik manusia. Ini suatu kesalahan besar yang dibuat manusia. Secara sedar atau tidak, manusia sudah menuhankan dirinya sendiri. Manusia sudah mengambil hak Tuhan. Manusia sudah ingin menjadi Tuhan. Maka datanglah kemurkaan Tuhan kepada mereka, maka Tuhan akan berlepas diri dan tidak membantu mereka dalam mendidik manusia. Semakin banyak sekolah dan universiti dibangunkan. semakin banyak orang-orang memasuki sistem pendidikan buatan manusia, semakin banyak kejahatan dan masalah dalam masyarakat. Itulah sumber utama masalahnya.
Inilah rahsia yang tersembunyi, rahsia yang tersirat, yang ahli dan pakar pendidikan tidak nampak, sebab mereka hanya melihat yang lahiriah saja dengan mata dan akal saja. Seolah-olah Tuhan berkata, engkau hendak menjadi Tuhan, didiklah manusia dengan dengan akal dan caramu. Maka gagallah mereka. Masyarakat yang mereka didik hasilnya semakin kacau dan huru-hara.
Sekian.
source : kawan sejati
Kamis, 01 Desember 2011
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Ads 468x60px
Featured Posts Coolbthemes
Search
Bookmarks
Followers
About Me
- Bunga Hanika Wibawa
- I'm not perfect, so if you want me to be your friend then I am your friend. life would have a choice, if you've chosen then do not regret it. twitter : @bungahnkwbw instagram : @bungahanika path : bunga hanika
Clock
Daftar Menu Blog
Loading...
Video Lyric Maddi Jane
Archive
-
▼
2011
(28)
-
▼
Desember
(28)
- ARTI MUSIK
- DONT SAY GOOD BYE
- LOVE IS YOU
- Arti Hadirmu-Audy
- cara menghilangkan stress dengan mudah
- tips cara mengatasi grogi
- Happy Birthday Rela!
- Mengatasi Blackberry Lemot
- Hewan Peliharaan Terlucu
- PROFIL GREYSON CHANCE
- Bapak Ujay (wali kelas XI IPA 2) akhirnya nikah
- Apa Pentingnya Sekolah?
- Awal Mula Internet
- 11 Merek Air Minum Kemasan Bermasalah
- Misteri Monalisa
- Jerawat?? CUEK AJA
- TEENLIT
- Tentang Hari Ini
- FRIEND IS...
- "This is me" adalah lagu kesukaanku
- Puding Coklat
- Cara Belajar yang menarik
- Cara meninggikan badan
- Nasib Bumi di Tangan Kita
- Les Tambahan?
- Masalah Pendidikan Masa Kini
- Inginkah Berkualitas Pendidikan Bangsa
-
▼
Desember
(28)



0 komentar:
Posting Komentar